Friday, October 18, 2013

Tip 4 : Menaikkan Kadar Sewa Rumah




[ Lengkapkan Rumah Sewa Dengan Perabot & Peralatan ] 


Menyediakan kelengkapan atau perabot asas di dalam rumah sewa akan meningkatkan nilai sewanya. Lagi pun sebenarnya penyewa suka pada rumah yang telah ada kelengkapan asas disebabkan tak perlu keluarkan duit sendiri untuk membeli nanti. Kita tidak perlu penuhkan ruang tetapi memadai menyediakan kelengkapan utama seperti sofa, katil dan tilam, almari, meja makan, peti sejuk, televisyen, mesin basuh atau penyaman udara. Boleh pilih mengikut kemampuan dan mana-mana perabut yang kita ada.

Bagaimana mendapatkan kelengkapan asas tersebut tanpa kos atau harga murah adalah melalui kaedah berikut: 

1. Barang-barang di dalam rumah kita sekarang yang tidak digunakan atau hendak menggantikannya dengan yang baru. Contohnya sofa,tv atau lain-lain barang. Adakan..

2. Atau biasanya jika kita ada penyewa yang akan berpindah ke tempat lain, kadang-kadang kita mendapat tawaran dari penyewa untuk mengambil barang-barangnya secara percuma atau pun dengan sedikit bayaran disebabkan kesukaran pengangkutan.

3. Atau ada kawan-kawan yang berpindah rumah? Kadangkala ada tawaran dengan harga murah barang-barang mereka yang hendak dilelong. Jangan lepaskan peluang tersebut..

4. Atau mendapatkan barang-barang di pusat perabot terpakai. Biasanya dapat dengan harga separuh harga daripada asal.

Kelengkapan atau perabot ini akan dipinjamkan kepada penyewa kita dengan sedikit bayaran. Jika ada kerosakkan semasa penggunaannya, penyewa perlu membaiki dan biasanya kelusuhan barang adalah perkara biasa. 

Nah! Sekarang dapat tak sedikit gambaran  untuk mengurangkan kos dalam penyediakan kelengkapan asas dalam rumah sewa dan disamping itu boleh menaikkan kadar sewanya..

Ok, jumpa lagi dalam tip akan datang..


Zaidi Mohamad 

No comments:

Post a Comment