Friday, October 4, 2013

TIP 1 : MENAIKKAN KADAR SEWA RUMAH




 
Berapa orang disini yang nak tip meningkatkan kadar rumah sewa anda?

Nak naikkan atau nak turunkan.. Cepat pilih. Hehe.. Kalau nak turunkan lagi senang nak bagi tip.. Kalau saya nak naikkan sebab sekarang ini minyak dah naik. Jadi barang-barang lain pun naik juga. Kos kita kat rumah pun naik (naik ke??). Itulah sistem dunia kita, makin lama makin naik. Takde yang turun la..

Bagaimana nak naikkan kadar sewa rumah. Mudah je.. Saya bagi contoh lagi senang nak faham. Pada September 2012, saya telah menyewakan rumah flat saya di Paroi pada kadar RM290 sebulan dengan kontrak selama 1 tahun. Kontrak tu maksudnya perjanjian sewa rumah  dan kadar tersebut tak berubah selama 1 tahun mengikut persetujuan. Selepas 1 tahun penyewa nak berpindah sebab beli rumah sendiri. Tentunya rumah yang lebih besar. Memang betul, penyewa beli apartment di Desajaya, Senawang dengan harga 190k. Sedih la sebab rumah dah takde penyewa. Iye ke sedih!..

Pada awal Oktober 2013 penyewa baru saya masuk. Pasangan yang baru kahwin. Kerja guru agama. Bagus orangnya.. Saya suka penyewa-penyewa macam ni. Kadar sewa baru RM330 sebulan (kenaikkan 14% daripada rm290.. lebih baik dari ASB 8% ). Cara kiranya macam ni. Senang.. tak sekolah pun boleh kira. 14%/100% x RM290 = RM40.60 (saya dah genapkan jadi RM40). Jadi sewa RM290 + RM40 = RM330. Mudah sangat kann kita belajar matematik hari ini..
 
Soalannya : Siapa yang kawal kenaikkan % tu?? Haha..

Zaidi Mohamad
Pakar Rumah Sewa

No comments:

Post a Comment