Berada di Masjid Huaisheng, Guangzhou, China
Selepas beberapa tahun menjalani kehidupan seperti itu,
ianya sudah mulai berubah. Berubah bukannya bertambah baik dan senang tetapi bertambah
susah disebabkan sudah mempunyai tanggungjawab. Pada ketika itu, kehidupan saya
boleh dikatakan hanya sekadar cukup makan. Kadang-kadang susah pun ada. Cuma
ada sedikit kesedaran yang wujud dalam diri saya ialah terfikir untuk membeli
rumah sendiri daripada menyewa kerana kehidupan di Pulau Pinang kos hidupnya
sangat tinggi. Jadi saya membeli sebuah rumah di Seberang Perai disebabkan
harganya yang lebih murah.
Saya ke tempat kerja dengan menunggang motosikal kerana tak
mampu untuk memandu kereta. Tol lebuhraya dan tol jambatan yang agak tinggi
dengan gaji ketika itu yang tidak seberapa. Untuk sebulan sudah tentu
perbelanjaan RM250. Jika musim hujan, tiada alternatif lain dan terpaksa menempuh
hujan juga.
Disebabkan rumah yang bersempadan dengan bandar Kulim, pada
hari ahad setiap pertengahan bulan saya pasti menghadirkan diri ke Tabung Haji
untuk membuat pengeluaran wang yang dipotong dari gaji. Ini untuk perbelanjaan
sehingga hujung bulan.
Untuk menampung perbelanjaan, saya juga terpaksa membantu rakan
dalam kerja-kerja pembuatan model bangunan sebagai kerja sampingan. Setiap hari
pada pukul 9 malam saya akan mula bekerja dan pulang pada awal pagi. Kadang-kadang
sahaja dibayar dan selebihnya kawan saya memberi banyak alasan tak dapat
bayaran dan sebagainya. Kena tipu lagi.. Memang sedih mengenangkan kesusahan
ketika itu.
Sehinggalah pada tahun 2006, saya berpindah ke Negeri Sembilan. Dengan rezeki dan kehendakNya, saya menjumpai 5 strategi hebat bagaimana membina kekayaan melalui rumah sewa dan hartanah. Hanya usaha sekali dan ianya akan menjana pendapatan tanpa henti . Syukur alhamdulillah..
Saya akan membantu dan berkongsi ilmu dengan anda nanti. Jumpa lagi!..
No comments:
Post a Comment