Monday, October 7, 2013

TIP 2 : MENAIKKAN KADAR SEWA RUMAH



Jika anda seorang pelabur hartanah melalui rumah sewa, wajib untuk anda mengadakan atau menyediakan Perjanjian Penyewaan atau Perjanjian Rumah Sewa.  Perjanjian Penyewaan ini ditandatangani oleh kedua-dua pihak iaitu tuan rumah dan penyewa mengikut persetujuan bersama.

Di dalam perjanjian ada dinyatakan tempoh untuk jangka masa menyewa rumah tersebut. Biasanya dengan memberi pilihan kepada penyewa untuk menetapkan tempoh tersebut sama ada 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun dan seterusnya. Tempoh ini penting untuk menetapkan kadar sewa tidak akan berubah dalam jangka masa yang dipersetujui. 

Selepas tamat tempoh, biasanya penyewa ada pilihan iaitu untuk meneruskan sewa atau berpindah. Sebagai tuan rumah yang baik tentunya kita tidak kisah dengan mana-mana situasi. Jika penyewa hendak berpindah kita boleh sewakan kepada orang lain dan gunakan lah tip 1. http://villa-idamanku.blogspot.com/2013/10/tip-1-menaikkan-kadar-sewa-rumah.html. Jika penyewa masih berminat untuk meneruskan sewa, buatlah perjanjian baru.

Buat kajian sikit tentang kadar rumah sewa di kawasan yang sama. Jadi kita naikkan sedikit kadar sewa (10%-30% bergantung kepada kajian tadi) dan tandatangani perjanjian baru dengan kadar sewa baru serta tempoh sewa baru.

Tentunya anda tersenyum kerana kadar sewa baru lebih tinggi dari kadar sebelum ini. Mudahkan membuat duit dengan rumah sewa..


Zaidi Mohamad

Boleh juga diikuti di :
# FB : www.facebook.com/villaidaman
# Twitter : @PakarRumahSewa

No comments:

Post a Comment