Gambar saya di Guangzhou pada bulan Mei lepas
Nama saya Zaidi Mohamad @ Abdul Rahman. Pengarah Urusan Idaman Consultancy. Kepakaran saya
adalah membantu menyelesaikan masalah mereka yang tidak yakin untuk melabur
atau takut gagal dalam pelaburan rumah sewa kerana sering mendengar banyak masalah
seperti penyewa lari malam, duit sewa tidak dibayar dan rumah rosak sehingga
menyebabkan kerugian besar kepada tuan rumah. Melalui 5 strategi hebat yang
telah terbukti berkesan membantu mereka membina
portfolio serta menguasai dunia rumah sewa dan hartanah menuju ke alam jutawan.
Berapa ramai yang suka, jika
saya bantu anda untuk menjadi ‘Jutawan Rumah Sewa’ ?
Hari ini saya bersyukur kerana dengan izinNya telah dapat
membina portfolio dalam hartanah yang kebanyakkannya telah disewakan dan disamping
itu menguruskan sebuah syarikat dalan bidang tersebut. Idaman Consultancy
ditubuhkan pada tahun 2012 bertujuan untuk membantu terutamanya orang-orang
melayu yang kurang mahir dalam bidang pelaburan hartanah serta individu yang
ingin memiliki hartanah dengan harga rendah. Perlu rasanya serta kesedaran untuk
saya berkongsi ilmu dan pengalaman saya sepanjang 5 tahun ini. Hadis Riwayat al
baihaki.. “Maksudnya: Sebaik baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat
kepada orang lain”.
Dahulu 15 tahun yang lepas kesilapan saya ialah tidak tahu
bagaimana menjana wang secara berterusan dengan modal rendah dan usaha yang
sikit. Tidak tahu bagaimana hartanah sangat bagus dan salah satu cara melindungi
duit kita dari inflasi. Tidak tahu bagaimana mencari duit sampingan dan tambah
pendapatan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi serta kenaikan harga
barang-barang atau perkhidmatan. Semua kerana saya tiada ilmu dalam bidang ini
dan tidak pula berusaha mencarinya..
Pada tahun 1995, setelah habis belajar dalam bidang
Senibina, saya telah diterima bekerja di sebuah firma arkitek di Pulau Pinang.
Seronok tak terkata, maklum dah boleh dapat duit sendiri walaupun gaji tak
banyak pun. Boleh la.. Pergi kerja, balik kerja.. Begitu la rutin harian. Kalau
kerja banyak nak kena siapkan sampai la lewat malam dan kadang-kadang sampai ke
subuh. Esoknya sambung
kerja lagi.. Huh! Letih juga tapi tak terfikir langsung untuk berubah. Mungkin
seronok kot..hehe..
No comments:
Post a Comment