Cat Ruang Dalaman Rumah
Kebanyakkan penyewa suka pada benda baru, bersih dan cantik.
Ramai di luar sana yang tidak berkira sangat mengenai duit jika dapat memenuhi
impian dan kehendak terutamanya isteri kepada bakal-bakal penyewa.
Untuk meningkatkan nilai rumah di mata penyewa, satu tip
yang bagus ialah mengecat ruang dalaman terutamanya dinding rumah. Selalunya
dinding akan kotor atau ada kesan-kesan gelap selepas digunakan 5 tahun.
Gunakan cat berwarna putih supaya senang nanti untuk dicat semula bila sampai
masanya. Ia juga adalah warna yang neutral dan amat mudah disesuaikan dengan semua
keadaan dan konsep rumah.
Bagi menjimatkan kos, gunakan cat biasa pada kadar harga
yang sederhana. Cat yang tidak terlalu
mahal atau yang terlalu murah. Sebuah rumah berleluasan 700 kaki persegi hanya
perlukan cat di dalam anggaran rm300-rm400 untuk di cat ruang dalamannya. Jika
berpeluang boleh cat sendiri kerana ianya agak mudah untuk dilaksanakan.
Disamping itu boleh juga mengeluarkan peluh..
Setelah siap dicat, rumah akan kelihatan amat menarik dan
cantik. Jika kadar biasa sewa sebelum ini adalah RM500, boleh naikkan dan
tingkatkan kadar sewa ke RM550 atau RM580.
Jika kos mengecat adalah RM300 dan kenaikkan sewa rumah
sebanyak RM50 sebulan. Ianya akan menjana RM50 x 12 bulan. Jumlah keseluruhan ialah
RM600 akan ditolak modal untuk mengecat RM300. Jadi masih untung RM300 untuk tahun pertama dan untuk tahun ke dua dapat menikmati keuntungan RM600 tersebut.
Walaupun nampak kecil tapi ianya berkesan untuk meningkatan aliran tunai kita setiap bulan. Mudahkan.. dan selamat melaksanakan tip ini..
Zaidi Mohamad
No comments:
Post a Comment