Friday, February 6, 2015

Lawatan Tapak Cadangan @ Menilai Potensi




Hartanah lelong sekarang mahal harganya. Yang betul-betul berduit dan mampu serta tak kisah dengan harganya sahaja boleh membida dan membeli.

Agak sukar untuk mendapatkan harga yang menarik dan di bawah harga pasaran. Kalau ada pun, rumah dalam keadaan uzur dan perlu dibaiki dengan kos yang tinggi. Pembida yang berminat pun terlalu ramai orangnya. Berebut-rebut semua orang nak membeli hartanah lelong yang kononnya murah. Kadang-kadang harga tak masuk akal pun ada. 5 tahun lepas dan tahun-tahun sebelum itu, orang tak pandang nak tengok lelongan hartanah pun. Apa lagi nak membida dan membelinya.. Jadi saya kurang aktif dalam lelongan sejak kebelakangan ini.

Oleh itu saya beralih ke cabang-cabang yang lain. Semalam bersama seorang rakan, mengambil sedikit masa untuk membuat lawatan ke Kuala Pilah. Melihat dan menilai potensi sebidang tanah berkeluasan 1.35 ekar yang terletak di kawasan kampung.  Aman damai dan sejuk rasanya.. Tanah berkedudukan di tepi jalan utama dan bersebelahan dengan sekolah. Agak menarik juga dengan lokasinya. Tetapi sayang terdapat beberapa isu teknikal  yang membuatkan penilaian kepada potensi tanah tersebut kurang memberangsangkan.

Kami membuat keputusan untuk mencari tapak yang lain. Insyallah akan jumpa tapak yang sesuai nanti..

Zaidi Mohamad

Friday, November 22, 2013

Lelongan Awam Pada 26 November 2013 (Selasa) - Melaka & Negeri Sembilan

RM 89,000 
Alor Gajah
LOT BANGLO
Alamat : PN 32227, Lot 2045 (dahulu dikenali sebagai Plot Pemaju No. 58, Fasa 6, A’Famosa Theme Park & Country Homes Resort), Mukim Pegoh, Alor Gajah, Melaka.
Keluasan : 13,344 kaki persegi. 
Deposit : 10% atau RM 8,900
___________________________________________________________
 
 
RM 65,000 
Melaka
DUPLEX APARTMENT - 3 Bilik
Alamat : No. B-4-18, Tingkat 3 & Tingkat 4, Blok B, Rumah Pangsa Bachang Permai, Melaka.
Keluasan : 1,789 kaki persegi. 
Deposit : 10% atau RM 6,500
___________________________________________________________
 
 
RM 11,000 
Senawang
  FLAT KOS RENDAH - 2 Bilik
Alamat : No. 4-07, Flat Kos Rendah, Taman Lily, Senawang, Negeri Sembilan.
Keluasan : 601 kaki persegi. 
Deposit : 10% atau RM 1,100
___________________________________________________________
 
 
RM 50,000 
Alai
  KLUSTER KOS RENDAH - Tingkat 1
Alamat : No. 1-2, Blok C3, Jalan PPP 7, Taman Permatang Pasir Permai, Alai, 75460 Melaka.
Keluasan : 678 kaki persegi. 
Deposit : 10% atau RM 5,000
___________________________________________________________
 

Friday, October 18, 2013

Tip 4 : Menaikkan Kadar Sewa Rumah




[ Lengkapkan Rumah Sewa Dengan Perabot & Peralatan ] 


Menyediakan kelengkapan atau perabot asas di dalam rumah sewa akan meningkatkan nilai sewanya. Lagi pun sebenarnya penyewa suka pada rumah yang telah ada kelengkapan asas disebabkan tak perlu keluarkan duit sendiri untuk membeli nanti. Kita tidak perlu penuhkan ruang tetapi memadai menyediakan kelengkapan utama seperti sofa, katil dan tilam, almari, meja makan, peti sejuk, televisyen, mesin basuh atau penyaman udara. Boleh pilih mengikut kemampuan dan mana-mana perabut yang kita ada.

Bagaimana mendapatkan kelengkapan asas tersebut tanpa kos atau harga murah adalah melalui kaedah berikut: 

1. Barang-barang di dalam rumah kita sekarang yang tidak digunakan atau hendak menggantikannya dengan yang baru. Contohnya sofa,tv atau lain-lain barang. Adakan..

2. Atau biasanya jika kita ada penyewa yang akan berpindah ke tempat lain, kadang-kadang kita mendapat tawaran dari penyewa untuk mengambil barang-barangnya secara percuma atau pun dengan sedikit bayaran disebabkan kesukaran pengangkutan.

3. Atau ada kawan-kawan yang berpindah rumah? Kadangkala ada tawaran dengan harga murah barang-barang mereka yang hendak dilelong. Jangan lepaskan peluang tersebut..

4. Atau mendapatkan barang-barang di pusat perabot terpakai. Biasanya dapat dengan harga separuh harga daripada asal.

Kelengkapan atau perabot ini akan dipinjamkan kepada penyewa kita dengan sedikit bayaran. Jika ada kerosakkan semasa penggunaannya, penyewa perlu membaiki dan biasanya kelusuhan barang adalah perkara biasa. 

Nah! Sekarang dapat tak sedikit gambaran  untuk mengurangkan kos dalam penyediakan kelengkapan asas dalam rumah sewa dan disamping itu boleh menaikkan kadar sewanya..

Ok, jumpa lagi dalam tip akan datang..


Zaidi Mohamad 

Friday, October 11, 2013

Lelongan Awam Pada 19 Oktober 2013 (Sabtu) - Negeri Sembilan

RM 47,000 
Nilai 3
LOT GERAI
Alamat : No. G-69, Blok G, Pasar Rakyat Nilai 3, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Keluasan : 269 kaki persegi. 
Deposit : 5% atau RM 2,350 
___________________________________________________________
 
RM 21,000 
Seremban
FLAT KOS RENDAH - 2 Bilik
Alamat : No. D46, Tingkat 3, Blok D, Flat Taman Rasah Jaya, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.
Keluasan : 667 kaki persegi. 
Deposit : 5% atau RM 1,050 
___________________________________________________________
 
RM 67,500 
Port Dickson
APARTMENT
Alamat : No. C-5-30, Blok C, PD Tiara Bay Apartments, Batu 13, Jalan Pantai, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan.
Keluasan : 420 kaki persegi. 
Deposit : 5% atau RM 3,375
___________________________________________________________
 
RM 42,200 
Rantau
SEMI - D KLUSTER 1 TINGKAT
Alamat : No. 2030 Jalan Ekar 4/18, Bandar Ekar Rantau, 71200 Negeri Sembilan.
Keluasan : 1,500 kaki persegi. 
Deposit : 5% atau RM 2,110
___________________________________________________________
 

Thursday, October 10, 2013

TIP 3 : MENAIKKAN KADAR SEWA RUMAH



Cat Ruang Dalaman Rumah



Kebanyakkan penyewa suka pada benda baru, bersih dan cantik. Ramai di luar sana yang tidak berkira sangat mengenai duit jika dapat memenuhi impian dan kehendak terutamanya isteri kepada bakal-bakal penyewa.


Untuk meningkatkan nilai rumah di mata penyewa, satu tip yang bagus ialah mengecat ruang dalaman terutamanya dinding rumah. Selalunya dinding akan kotor atau ada kesan-kesan gelap selepas digunakan 5 tahun. Gunakan cat berwarna putih supaya senang nanti untuk dicat semula bila sampai masanya. Ia juga adalah warna yang neutral dan amat mudah disesuaikan dengan semua keadaan dan konsep rumah.


Bagi menjimatkan kos, gunakan cat biasa pada kadar harga yang sederhana.  Cat yang tidak terlalu mahal atau yang terlalu murah. Sebuah rumah berleluasan 700 kaki persegi hanya perlukan cat di dalam anggaran rm300-rm400 untuk di cat ruang dalamannya. Jika berpeluang boleh cat sendiri kerana ianya agak mudah untuk dilaksanakan. Disamping itu boleh juga mengeluarkan peluh..


Setelah siap dicat, rumah akan kelihatan amat menarik dan cantik. Jika kadar biasa sewa sebelum ini adalah RM500, boleh naikkan dan tingkatkan kadar sewa ke RM550 atau RM580.


Jika kos mengecat adalah RM300 dan kenaikkan sewa rumah sebanyak RM50 sebulan. Ianya akan menjana RM50 x 12 bulan. Jumlah keseluruhan ialah RM600 akan ditolak modal untuk mengecat RM300. Jadi masih untung RM300 untuk tahun pertama dan untuk tahun ke dua dapat menikmati keuntungan RM600 tersebut.
 
Walaupun nampak kecil tapi ianya berkesan untuk meningkatan aliran tunai kita setiap bulan. Mudahkan.. dan selamat melaksanakan tip ini..

Zaidi Mohamad

Wednesday, October 9, 2013

My Story - Part 2



Berada di Masjid Huaisheng, Guangzhou, China

Selepas beberapa tahun menjalani kehidupan seperti itu, ianya sudah mulai berubah. Berubah bukannya bertambah baik dan senang tetapi bertambah susah disebabkan sudah mempunyai tanggungjawab. Pada ketika itu, kehidupan saya boleh dikatakan hanya sekadar cukup makan. Kadang-kadang susah pun ada. Cuma ada sedikit kesedaran yang wujud dalam diri saya ialah terfikir untuk membeli rumah sendiri daripada menyewa kerana kehidupan di Pulau Pinang kos hidupnya sangat tinggi. Jadi saya membeli sebuah rumah di Seberang Perai disebabkan harganya yang lebih murah.

Saya ke tempat kerja dengan menunggang motosikal kerana tak mampu untuk memandu kereta. Tol lebuhraya dan tol jambatan yang agak tinggi dengan gaji ketika itu yang tidak seberapa. Untuk sebulan sudah tentu perbelanjaan RM250. Jika musim hujan, tiada alternatif lain dan terpaksa menempuh hujan juga.

Disebabkan rumah yang bersempadan dengan bandar Kulim, pada hari ahad setiap pertengahan bulan saya pasti menghadirkan diri ke Tabung Haji untuk membuat pengeluaran wang yang dipotong dari gaji. Ini untuk perbelanjaan sehingga hujung bulan.

Untuk menampung perbelanjaan, saya juga terpaksa membantu rakan dalam kerja-kerja pembuatan model bangunan sebagai kerja sampingan. Setiap hari pada pukul 9 malam saya akan mula bekerja dan pulang pada awal pagi. Kadang-kadang sahaja dibayar dan selebihnya kawan saya memberi banyak alasan tak dapat bayaran dan sebagainya. Kena tipu lagi.. Memang sedih mengenangkan kesusahan ketika itu.
 
Sehinggalah pada tahun 2006, saya berpindah ke Negeri Sembilan. Dengan rezeki dan kehendakNya, saya menjumpai 5 strategi  hebat bagaimana membina kekayaan melalui rumah sewa dan hartanah. Hanya usaha sekali dan ianya akan menjana pendapatan tanpa henti . Syukur alhamdulillah..

Saya akan membantu dan berkongsi ilmu dengan anda nanti. Jumpa lagi!..

Lelongan Awam Pada 21 Oktober 2013 (Isnin) - Negeri Sembilan & Melaka

RM 41,000 
Seremban 
TERES 2 TINGKAT KOS RENDAH 
Alamat : No. 1693, Jalan BSS 2/2E, Bandar Seremban Selatan, 71450 Seremban, Negeri Sembilan.
Keluasan : 89 meter persegi. 
Deposit : 10% atau RM 4,100 
___________________________________________________________

RM 30,000
Port Dickson
FLAT KOS RENDAH - 3 Bilik Tidur 
Alamat : No. 6, Tingkat 3, Blok A, Taman Sri Bandar, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan.
Keluasan : 592 kaki persegi. 
Deposit : 10% atau RM 3,000 
___________________________________________________________

 
RM 18,000
Senawang
FLAT KOS RENDAH - 3 Bilik Tidur 
Alamat : No. 3-02, Blok A, Jalan Lily 1, Taman Lily, Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan. 
Keluasan : 614 kaki persegi. 
Deposit : 10% atau RM 1,800 
___________________________________________________________

 RM 42,000
Alor Gajah 
LOT BANGLO - A'famosa Resort 
Alamat : PT 604, Fasa 6, A’famosa Resort, Jalan Kemus, Simpang Empat, 78000 Alor Gajah, Melaka.
Keluasan : 6,000 kaki persegi. 
Deposit : 10% atau RM 4,200 
___________________________________________________________