[ Lengkapkan Rumah Sewa Dengan Perabot & Peralatan ]
Menyediakan kelengkapan atau perabot asas di dalam rumah
sewa akan meningkatkan nilai sewanya. Lagi pun sebenarnya penyewa suka pada rumah
yang telah ada kelengkapan asas disebabkan tak perlu keluarkan duit sendiri
untuk membeli nanti. Kita tidak perlu penuhkan ruang tetapi memadai menyediakan
kelengkapan utama seperti sofa, katil dan tilam, almari, meja makan, peti
sejuk, televisyen, mesin basuh atau penyaman udara. Boleh pilih mengikut
kemampuan dan mana-mana perabut yang kita ada.
Bagaimana mendapatkan kelengkapan asas tersebut tanpa kos atau
harga murah adalah melalui kaedah berikut:
1. Barang-barang
di dalam rumah kita sekarang yang tidak digunakan atau hendak menggantikannya dengan
yang baru. Contohnya sofa,tv atau lain-lain barang. Adakan..
2. Atau
biasanya jika kita ada penyewa yang akan berpindah ke tempat lain, kadang-kadang
kita mendapat tawaran dari penyewa untuk mengambil barang-barangnya secara
percuma atau pun dengan sedikit bayaran disebabkan kesukaran pengangkutan.
3. Atau
ada kawan-kawan yang berpindah rumah? Kadangkala ada tawaran dengan harga murah
barang-barang mereka yang hendak dilelong. Jangan lepaskan peluang tersebut..
4. Atau
mendapatkan barang-barang di pusat perabot terpakai. Biasanya dapat dengan
harga separuh harga daripada asal.
Kelengkapan atau perabot ini akan dipinjamkan kepada penyewa
kita dengan sedikit bayaran. Jika ada kerosakkan semasa penggunaannya, penyewa
perlu membaiki dan biasanya kelusuhan barang adalah perkara biasa.
Nah! Sekarang dapat tak sedikit gambaran untuk mengurangkan kos dalam penyediakan
kelengkapan asas dalam rumah sewa dan disamping itu boleh menaikkan kadar
sewanya..
Ok, jumpa lagi dalam tip akan datang..
Zaidi Mohamad