Friday, February 6, 2015

Lawatan Tapak Cadangan @ Menilai Potensi




Hartanah lelong sekarang mahal harganya. Yang betul-betul berduit dan mampu serta tak kisah dengan harganya sahaja boleh membida dan membeli.

Agak sukar untuk mendapatkan harga yang menarik dan di bawah harga pasaran. Kalau ada pun, rumah dalam keadaan uzur dan perlu dibaiki dengan kos yang tinggi. Pembida yang berminat pun terlalu ramai orangnya. Berebut-rebut semua orang nak membeli hartanah lelong yang kononnya murah. Kadang-kadang harga tak masuk akal pun ada. 5 tahun lepas dan tahun-tahun sebelum itu, orang tak pandang nak tengok lelongan hartanah pun. Apa lagi nak membida dan membelinya.. Jadi saya kurang aktif dalam lelongan sejak kebelakangan ini.

Oleh itu saya beralih ke cabang-cabang yang lain. Semalam bersama seorang rakan, mengambil sedikit masa untuk membuat lawatan ke Kuala Pilah. Melihat dan menilai potensi sebidang tanah berkeluasan 1.35 ekar yang terletak di kawasan kampung.  Aman damai dan sejuk rasanya.. Tanah berkedudukan di tepi jalan utama dan bersebelahan dengan sekolah. Agak menarik juga dengan lokasinya. Tetapi sayang terdapat beberapa isu teknikal  yang membuatkan penilaian kepada potensi tanah tersebut kurang memberangsangkan.

Kami membuat keputusan untuk mencari tapak yang lain. Insyallah akan jumpa tapak yang sesuai nanti..

Zaidi Mohamad

No comments:

Post a Comment