Hartanah lelong sekarang mahal harganya. Yang betul-betul
berduit dan mampu serta tak kisah dengan harganya sahaja boleh membida dan
membeli.
Agak sukar untuk mendapatkan harga yang menarik dan di bawah
harga pasaran. Kalau ada pun, rumah dalam keadaan uzur dan perlu dibaiki dengan
kos yang tinggi. Pembida yang berminat pun terlalu ramai orangnya.
Berebut-rebut semua orang nak membeli hartanah lelong yang kononnya murah.
Kadang-kadang harga tak masuk akal pun ada. 5 tahun lepas dan tahun-tahun
sebelum itu, orang tak pandang nak tengok lelongan hartanah pun. Apa lagi nak
membida dan membelinya.. Jadi saya kurang aktif dalam lelongan sejak
kebelakangan ini.
Oleh itu saya beralih ke cabang-cabang yang lain. Semalam
bersama seorang rakan, mengambil sedikit masa untuk membuat lawatan ke Kuala
Pilah. Melihat dan menilai potensi sebidang tanah berkeluasan 1.35 ekar yang
terletak di kawasan kampung. Aman damai
dan sejuk rasanya.. Tanah berkedudukan di tepi jalan utama dan bersebelahan
dengan sekolah. Agak menarik juga dengan lokasinya. Tetapi sayang terdapat
beberapa isu teknikal yang membuatkan
penilaian kepada potensi tanah tersebut kurang memberangsangkan.
Zaidi Mohamad