Friday, September 4, 2009

LELONGAN AWAM: BAGAIMANA KAMI MEMBANTU ANDA?

Hampir setiap hari kita dikhabarkan melalui akhbar, iklan dan internet mengenai Lelongan Awam (Public Auction). Tetapi apakah sebenarnya yg dimaksudkan dgn Lelongan ini?
Lelongan Awam merupakan suatu cara di mana pembida-pembida membuat bidaan ke atas sesuatu hartanah yg dilelong oleh pihak Bank atau institusi-institusi kewangan dengan tujuan menjual kembali aset-aset berkenaan. Aset-aset ini dilelong kerana pihak peminjam gagal menjelaskan baki pinjaman Bank atau pinjaman tersebut tidak dapat diluluskan atas sebab-sebab tertentu. Oleh itu, pihak Bank dan institusi-institusi kewangan terpaksa membida hartanah ini kepada pembida yg berminat dengan harga tertentu. Hanya mereka yg membida pada harga yg tertinggi sahaja akan berjaya dan seterusnya memiliki hartanah tersebut.
Bagi sesetengah org, mereka lebih selesa utk menyewa pada sesuatu hartanah utk sesuatu tempoh dan memberikan pendapat bulanan kepada pihak tuan rumah. Tetapi, jika dihitung semula, jumlah pelaburan yg dilaburkan kepada sewa bulanan itu sudah cukup menguntungkan anda untuk melabur pada hartanah milik anda sendiri.
Terdapat juga sesetengah org yg mencari pendapatan sampingan dengan membuat pelaburan dalam bidang hartanah. Adakalanya pendapatan yg diperolehi itu tidak cukup menguntungkan atau sekadar cukup menbayar pinjaman kepada pihak Bank. Jadi, melalui Lelongan inilah anda boleh membuat pelaburan jangka panjang yg lebih menguntungkan dengan pilihan rumah yg pelbagai mengikut bajet dan kehendak anda.
TIPS MEMBUAT LELONGAN
Sebelum menyertai sebarang Lelongan, anda haruslah meneliti perkara-perkara berikut:
a) Membuat pemilihan hartanah yg betul
b) Meneliti bajet kewangan anda
c) Membuat kunjungan ke atas hartanah yg ingin dibeli
d) Menyemak bil-bil dan tunggakan yg berkaitan
Bagi memastikan anda membuat pilihan hartanah yg betul, anda adalah dinasihatkan untuk membuat kunjungan dan memeriksa sendiri keadaan sesuatu hartanah tersebut untuk mengelakkan perkara-perkara yg tidak diingini. Kunjungan ini juga membolehkan anda meneliti keuntungan atau kekurangan sesuatu hartanah tersebut. Anda juga hendaklah memeriksa baki tunggakan dan bil-bil berkaitan dengan pihak PBT yg berkenaan.
BAGAIMANA KAMI MEMBANTU ANDA?
Bagi tujuan Lelongan ini, Villa.Idaman.Com menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan berikut:
Perkhidmatan Sebelum Lelongan
Perkhidmatan ini melibatkan rundingan dan khidmat nasihat berkaitan Lelongan Awam dan perkara-perkara berkaitan.
Perkhidmatan Semasa Lelongan
Perkhidmatan ini melibatkan urusan pembidaan dan pembelian pada hari Lelongan Awam di mana, Perunding Villa-Idaman.Com akan membawa anda ke pusat Lelongan berkenaan dan menunjuk cara membida hartanah anda.
Perkhidmatan Selepas Lelongan
Perkhidmatan ini melibatkan urusan pinjaman perumahan dgn pihak Bank, menyemak bil-bil berkaitan hartanah yg dibeli, membaik pulih kerosakan rumah dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment